Forum Mahir Bersama Komuniti Zon Borneo

10 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2026 (Jumaat) telah diadakan Forum Mahir Bersama Komuniti Zon Borneo secara atas talian. Forum Mahir Bersama Komuniti Zon Borneo ini telah disertai oleh seorang peserta. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Forum Mahir Bersama Komuniti Zon Borneo ini bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi.

Antara pengisian Forum Mahir Bersama Komuniti Zon Borneo ini adalah untuk memperkenalkan program-program Mahir yang akan diadakan di NADI seluruh Malaysia untuk pengambilan yang ketiga. Antara program-program Mahir yang akan diadakan di NADI adalah Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gadget dan Mahir Pertanian Pintar. Selain itu, Forum Mahir Bersama Komuniti Zon Borneo ini juga turut memperkenalkan tenaga-tenaga pengajar yang akan mengajar para peserta sepanjang tempoh program Mahir ini.

Diharapkan forum seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali